Salah satu rahsia kecantikan wanita adalah terletak pada kulit wajahnya. Jika kulit wajah kelihatan putih berseri tanpa jerawat, sudah tentu ia akan meninggalkan efek cantik dan mempersonakan.

Terdapat beberapa petua untuk memastikan wajah sentiasa berseri dan amalannya. Teknik ini tidaklah susah untuk anda praktik serta tidak memerlukan kos yang terlalu mahal sehingga anda tidak mampu untuk menjadikannya sebagai amalan.

#1 Amalkan sayuran hijau, ulam-ulaman dan salad

Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur kita semakin meningkat, amalkanlah makanan sihat seperti sayuran  (terutamanya tomato dan sayur lain yang tinggi dalam antioksida). Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita dan seterusnya ini akan terserlah di wajah kita juga. Dan sangatlah digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun kita sedang menghadapi banyak masalah, hi hi.

#2 Gunakan putih telur pada kulit muka

Putih telur ada manfaat untuk mengecilkan pori kulit kita. Selain itu, kita juga boleh gunakan putih telur sebagai mask. Bagaimana caranya? Cuma basuh muka, kemudian lumurkan putih telur di seluruh muka. Tunggu sehingga kering, dan cuci menggunakan air suam. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu, nanti anda akan dapat lihat hasil yang memberansangkan pada kulit muka.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest tips from Sparadise

#3 Letakkan uncang teh di mata yang lesu

Cara paling jimat untuk hilangkan lesu pada mata, terutamanya pada bahagian bawah mata, adalah dengna menggunakan uncang teh. Selain menjimatkan kos, anda tak perlu habiskan banyak masa pun untuk segarkan mata anda. Ada satu lagi kaedah lain, iaitu dengan menggunakan sudu yang telah disejukkan di dalam peti ais kemudian tekap mata anda menggunakan sudu yang sejuk tersebut. Jangan buat terlalu lama pulak ya! Cukup sekadar hilang lesu di mata tu. Ada dua kaedah, jadi terpulang pada anda untuk cuba tips yang mana satu.

#4 Gunakan yogurt sebagai masker harian

Petua sebentar tadi menggunakan putih telur, yang ini pula kita gunakan yogurt asli. Sama saja caranya, ambil yogurt dan ratakan di seluruh wajah. Tunggu dalam 10-15minit, kemudian cuci dengan air sampailah bersih. Ulang beberapa kali seminggu, nanti kulit akan jadi lebih cerah, segar, dan berseri.

#5 Hilangkan lebam di bibir dengan madu

Ramai wanita hadapi masalah ni – ada kesan gelap di bahagian tepi bibir seolah-olah lebam pulak. Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir ni, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Letak sebelum tidur dan cuci bila bangun pagi. Boleh tambah madu dalam rutin ni untuk tambah seri pada bibir anda.

 

Semoga petua ini berguna untuk semua dan selamat mencuba!