AZAM KECANTIKAN UNTUK TAHUN BAHARU

Dah sedia dengan azam tahun baru? Kami kongsi idea untuk azam kecantikan pula. 🙂

#1 MINUM AIR KOSONG SEBAGAI AMALAN HARIAN
Kelebihan minum air kosong ni sememangnya banyak, tapi tak ramai yang jadikannya sebagai rutin mereka. Salah satu kebaikan meminum air kosong ini adalah untuk mengekalkan hidrasi dalam badan dan seterusnya jadikan muka kita lebih glowing. Siapa taknak nampak cantik kan? Kalau nak mudah, beli satu air botol 1 liter dan bawa ke mana saja anda pergi. Bila habis, isi semula. Buat 2, 3 kali sehari jadi cukup la pengambilan air anda untuk hari tu.

#2 BAWA PELEMBAP MUKA DAN BADAN KE MANA SAJA
Kita dicadangkan untuk gunakan pelembap dua kali sehari. Tapi ramai yang sibuk dengan kerja seharian dan tak ingat nak buat benda kecil seperti ni. Jadi, lebih baik anda beli satu pelembap bersaiz mini dan bawa di dalam beg tangan anda. Anda mesti akan sentiasa ingat nak pakai pelembap kalau dah letak dalam beg kan? Jangan pakai pelembap untuk muka je, letak sekali di bahagian badan yang kering seperti siku, leher dan tangan.

#3 GUNAKAN FACIAL MIST UNTUK KEKAL SEGAR
Untuk sesiapa yang suka pakai makeup bila keluar tu, bawa facial mist untuk kurangkan kulit kering. Kenapa? Sebab penggunaan makeup untuk jangka masa lama ni akan keringkan kulit kita dan kadang-kadang akan menyebabkan jerawat di wajah kita. Jadi ambillah langkah pencegahan sebelum terjadi perkara tak diinginkan ni. ?

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest tips from Sparadise



#4 SAYANGI RAMBUT ANDA
Bertudung atau tidak bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan rambut anda. Amalkan penjagaan rambut dengan rapi untuk mengelakkan rambut menjadi kering, mengerbang dan sebagainya. Kalau anda selalu menggunakan pengering rambut, pastikan anda memakai serum untuk mengekalkan tekstur rambut tu. Jika anda suka mewarnakan rambut pula, kena rajin buat extra treatment di salun supaya rambut tak gugur dan bercabang.

#5 DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Orang Barat selalu sebut, “beauty sleep”. Kenapa tidur ni sangat penting sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan? Kajian dah terbukti menunjukkan bahawa tidur yang cukup menyumbang kepada kesihatan badan secara keseluruhan. Tidur yang cukup juga dapat membantu badan anda untuk memperbaharui sel-sel dan seterusnya menyumbang kepada badan yang segar dan muka yang berseri. Jadikanlah beauty sleep ni sebagai satu kepentingan juga dalam hidup anda.

***
Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan stereotaip mengenai kecantikan dan kadangkala sesetengah stereotaip itu langsung tak masuk akal. Untuk tahun 2019 ini, ingatlah bahawa kecantikan itu terletak hanya pada diri anda – keyakinan dan kesantunan diri. Bukannya apa yang anda pakai, atau apa yang anda letak di muka anda. Jadikan tips dan amalan kecantikan itu sebagai satu penanda aras saja, bukan peraturan yang anda perlu ikut. Selamat tahun baru dan semoga 2019 membawa lebih banyak tuah untuk anda! ❤️