urutan-pantang-bersalin

 

1. Memakai bengkung
Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj.

Ada pelbagai jenis bengkung yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

2. Bertungku
Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia walaubagaimanapun harus dilakukan dengan lembut dan elakkan daripada menekan rahim.

3. Minum jamu dan ubat periuk
Pengambilan jamu dan ubat periuk bukan saja membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan, ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksin serta memudahkan membuang air besar.

Subscribe to our mailing list

Sign up now to get the latest tips from Sparadise

4. Berurut
Selain memulihkan aliran darah, berurut ketika dalam proses pantang bersalin membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut d isamping memberi ketenangan kepada ibu.
Oleh sebab itu ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin.

5. Makan banyak sayuran dan ulam-ulaman
Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu mempercepat proses pemulihan. Begitu juga dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut.

6. Makan sup ikan haruan
Ikan haruan telah diketahui ramai tentang khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran.

Pantang bersalin memang susah namun ia tetap perlu diamalkan
Walaupun kelihatan rumit, amalan berpantang dan pantang bersalin masih diteruskan, sama ada secara tradisional mahupun moden.

Jika diperhatikan, pantang larang ini membantu pemulihan dalaman dan luaran selain memberikan rehat yang cukup serta menyokong proses pemulihan.