Kalau anda ada masalah rambut mengerbang, inilah masa yang tepat untuk anda mengubahnya!

Rambut yang kering menjadi sangat lesu dan tidak indah dipandang, bahkan susah untuk didandan. Banyak salon yang menawarkan perkhidmatan untuk merawat masalah rambut namun masih tidak dapat di atasi.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering tentunya rambut akan kelihatan mengerbang dan kembang. Ada cara untuk mengatasi masalah rambut kering dan ia boleh diaplikasikan di rumah dengan cara yang lebih mudah dan murah.

  • Kurangkan panas berlebihan pada rambut. Rambut yang kering biasanya disebabkan panas yang berlebihan pada rambut. Jika anda biasa menggunakan pengering remabut, hentikan segera penggunaannya kerana pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Cuci rambut menggunakan air sejuk dan bukannya air suam. Gunakan topi sebagai pelindung rambut ketika keluar di siang hari buat mereka yang tidak bertudung.
  • Elakkan mencuci rambut setiap hari. Mencuci rambut setiap hari boleh membuatkan minyak pelindung rambut hilang sehingga rambut akan lebih kering. Berikan jarak waktu sehari untuk mencuci rambut. Namun apabila anda selesai berenang, segera bilas rambut anda untuk membersihkan klorin dari air kolam. Sikat rambut anda saat basah, dan bukannya saat kering. Ini bagi mengelakkan rambut daripada gugur.
  • Gunakan syampu yang lembut. Untuk rambut kering, cubalah menggunakan syampu bayi yang bersifat lembut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu umumnya bersifat keras dan boleh merosakkan struktur dan akar rambut terutama rambut kering.
  • Tip merawat rambut kering yang tidak kurang pentingnya adalah dengan menggunakan minyak untuk merawat rambut. Campuran minyak kelapa dan minyak esensial lavender yang dipanaskan boleh digunakan untuk merawat rambut kering. Penggunaan madu pada kulit kepala atau rambut juga boleh merawat rambut kering. Jangan lupa untuk membilasnya setelah dibiarkan seketika sesuai dengan waktu yang dicadangkan.
  • Potonglah hujung rambut secara teratur. Memotong hujung rambut secara teratur, sekurang-kurangnya dua bulan sekali dapat mencegah terjadinya rambut bercabang. Rambut bercabang juga merupakan penyumbang rambut kering.

Walau bagaimanapun, merawat rambut kering harus diimbangi dengan pengambilan makanan yang bernutrisi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Minum air minum masak dengan secukupnya, makan makanan dengan gizi yang seimbang serta mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk rambut. Hasilnya rambut anda akan tampil berkilau dan menawan saat melangkah penuh yakin ke pentas pelamin.